• Welcome to Higher Institution Centre of Excellence (HICoE), UM Power Energy Dedicated Advanced Centre (UMPEDAC)
  • umpedac@um.edu.my
  • +603-22463246
logo
logo

UMPEDAC telah menganjurkan Program NASA (Nurturing Adolescents on Sustainability Awareness) Peringkat Pertama yang bertajuk "Perkongsian Ilmu serta Pembentangan Idea Inovasi" yang telah berlangsung di Dewan SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam pada 6 Mei 2026. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan Sains dan Teknologi bagi membangunkan kesejahteraan mampan di negara ini, serta melahirkan minat dan rasa ingin tahu yang lebih mendalam dalam ilmu STEM di samping mendorong pemilihan aliran sains dalam kalangan pelajar. 

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam bersama-sama Pengarah Eksekutif UMPEDAC dan Ketua Program NASA. Antara sekolah yang telah mengambil bahagian dalam program ini ialah SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap. Turut hadir adalah pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sebagai mentor-mentor untuk setiap sekolah yang terlibat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung, merangkumi sesi pemindahan ilmu berkenaan tenaga solar, demonstrasi tenaga boleh diperbaharui, sesi podcast, serta pembentangan idea inovasi oleh murid-murid sekolah menengah yang terlibat.

Demonstrasi Tenaga Boleh DiperbaharuiJuruacara Program Dr. Amirul Syafiq 

Sesi Pemindahan IlmuSesi Podcast Your Stream, Your Dream

Highlights