• Welcome to Higher Institution Centre of Excellence (HICoE), UM Power Energy Dedicated Advanced Centre (UMPEDAC)
  • umpedac@um.edu.my
  • +603-22463246
logo
logo

UMPEDAC telah menganjurkan Pertandingan Program NASA (Nurturing Adolescents on Sustainability Awareness) Peringkat Akhir yang bertajuk “Dari Cetusan Idea ke Rekabentuk Prototaip” yang telah berlangsung di Auditorium Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya pada 24 Jun 2026. Pertandingan ini  telah memberi peluang kepada peserta-peserta dari sekolah-sekolah luar bandar di daerah Sabak Bernam untuk membentangkan prototaip tenaga boleh diperbaharui yang telah dibangunkan. 

Program ini turut dihadiri oleh oleh En. Wahyu Hidayat bin Hashim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah sebagai wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Pengarah Eksekutif UMPEDAC, dan Ketua Program NASA. Turut hadir adalah mentor-mentor dari Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), guru-guru dan murid-murid dari sekolah yang terlibat.

Tahniah diucapkan kepada johan pertandingan ini iaitu peserta-peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah, diikuti oleh naib johan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam yang berada di tempat ketiga, dan SMK Munshi Abdullah yang memenangi tempat keempat. Semoga program ini memberi manfaat kepada murid-murid yang ingin mendalami bidang STEM.

UMPEDAC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi pemberian Dana Kajian Sosial untuk menjalankan program ini. Terima kasih juga kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Kementerian Pendidikan, Kolej Komuniti Kuala Langat, dan Politeknik Sultan Idris Shah untuk sokongan padu yang diberikan. 

 



Johan - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah Naib Johan - Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap Tempat ke-3 - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam


Tempat ke-4 - Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah


Highlights